BAB 4




KEMUNCULAN ILMU MANTIQ MODEN

4.1 PERKEMBANGAN ILMU MANTIQ MODEN

Mantiq Moden atau nama lainnya Mantiq Hadith (منطق حديث) kerana ia muncul pada zaman yang serba moden, serta berbentuk saintifik atau uji kaji. Mantiq Moden (Mantiq Hadith) adalah suatu ilmu yang memfokuskan pada suatu cara atau kaedah iaitu dengan cara mengkaji perkara-perkara yang menyebabkan terhasilnya sesuatu pemikiran dan sebab-musabab bagaimana wujudnya sesuatu perkara itu serta mengaitkan hubungannya dengan suatu kenyataan. Antara tokoh Mantiq Moden (Mantiq Hadith) adalah Francis Bacon, John Stewart Mill, Ibn Haytham, dan Ibnu Hayyan.

Perkembangan Mantiq Moden bermula atas kritikan-kritikan oleh para ilmuwan dan sainstis terhadap Mantiq Klasik. Tokoh zaman pertengahan iaitu Roger Bacon menemui bahawa simbol Yunani Klasik terdapat banyak kelemahan dimana ia hanya menekankan pada teori semata-mata. Pada abad ke 13 Masihi, Bacon yang menginspirasikan penulisan Sarjana Islam mengemukakan kaedah Riyadhi dan Tajribi dalam pengajian. Usaha yang berterusan telah dilakukan untuk menukarkan kaedah logik Aristotle kepada kaedah baru ini. Menurut Bacon, dalil dalam Riyadhi dan Tajribi merupakan suatu yang asas dalam kajian alam semula jadi. Oleh itu, tanpanya adalah mustahil untuk kita mengetahui tentang alam dengan ilmu.

Selain itu, menurut pandangan beberapa saintis, Galileo iaitu ahli matematik dan fizik, mungkin dianggap sebagai tokoh falsafah moden selepas Bacon di mana beliau berjaya mencipta teleskop, menemui planet baru, dan mengarang buku Starry Messenger dan Dialogue Concerning The Two Chief World System. Seterusnya, Butros Rimus iaitu seorang ahli matematik turut mengkritik logik Aristotle. Kesimpulan melalui konsep al-qiyas yang dihasilkan oleh Aristotle masih belum dapat menghasilkan keputusan yang meyakinkan. Hal ini demikian kerana, beliau hanya membuat kajian secara umum sahaja dan kemudian membuat kesimpulan secara khusus tanpa melakukan percubaan kebenaran terhadap teori tersebut. Mantiq Aristotle turut dipertikaikan apabila lahirnya ilmu sains serta penyelidikan yang lebih moden yang mana ia menekankan pada teori dan penciptaan alat-alat moden serta konsep percubaan saintifik. Contohnya, Aristotle mengatakan bahawa bumi ini dikelilingi oleh matahari dan juga planet-planet lain sedangkan pada ketika itu belum tercipta teropong untuk melihat kebenaran teori tersebut.

Pada abad ke 17 pula, Francis Bacon iaitu tokoh terkenal dalam mantiq tajribi dan pengasas kaedah kajian saintifik yang menggabungkan praktikal dan teori. Beliau turut menghasilkan buku iaitu Novum Organum sebagai kaedah kajiannya. Antara metode kajian utama yang dicadangkannya adalah Al-Janibi Al-Salibi. Seterusnya muncul pula Rene Descartes yang mengasaskan Al Isti’lal Ar Riyadhi dan akhirnya pada abad ke 19 Masihi, John Stuart Mill memperkemaskan mantik moden ini.

 

4.2 AL-ISTIQRA’

Terdapat beberapa bahagian Ilmu Mantiq Moden, antaranya adalah Al-Istiqra’. Al-Istiqra’ adalah membuat kesimpulan terhadap sesuatu yang kulli(umum) berdasarkan kepada juz’i(sebahagian), meliputi perkara yang dikaji atau tidak. Al-Istiqra’ terbahagi kepada dua iaitu Al-Istiqra’ Al-Tam dan Al-Istiqra’ Al-Naqis. Al-Istiqra Al-Tam adalah suatu penyelidikan berdasarkan kepada penyelidikan terhadap keseluruhan juz’i yang membentuk kulli dan membuat hukum ke atas kulli. Al-Istiqra Al-Tam adalah kajian yang sempurna kerana menyelidiki semua juz’i. Kajian ini memperolehi keputusan yang betul dan meyakinkan. Contohnya: membuat kajian terhadap kesemua pelajar dalam sesebuah kelas tentang faktor yang mempengaruhi kecemerlangan akademik, dan pengkaji membuat kesimpulan berdasarkan kesemua pelajar tersebut.

Al-Istiqra’ Al-Naqis pula adalah suatu penyelidikan berdasarkan kepada penyelidikan terhadap pelbagai atau sebahagian juz’i yang terletak di bawah kulli dan membuat hukum ke atas kulli. Al-Istiqra’ Al-Naqis adalah kajian yang menyelidiki juz’i lain atau juz’i yang tidak diselidiki. Kajian ini memperolehi keputusan yang betul tetapi zann (kurang meyakinkan). Contohnya: membuat kajian terhadap seorang pelajar dalam sesebuah kelas tentang faktor yang mempengaruhi kecemerlangan akademik, dan pengkaji membuat kesimpulan berdasarkan seorang pelajar tersebut. Al-Istiqra’ Al-Naqis terbahagi kepada dua iaitu Al-Istiqra’ Al-Riyadi dan Al-Istiqra’ Al-Ilmi. Kaedah al-Istiqra’ al-Riyadhi atau juga dikenali sebagai al-Istiqra’ al-Handasi adalah membuat keputusan atau kesimpulan secara kulli iaitu secara umum berdasarkan satu contoh atau satu juz’i, kemudian membuat kesimpulan bahawa semua juz’i tersebut mempunyai persamaan. Contohnya, membuat kesimpulan jumlah sudut setiap segi tiga adalah sama dengan dua sudut tegak bergaris lurus. Al-Istiqra’ Al-Ilmi atau dikenali sebagai metode saintifik. Ia digunakan dalam bidang sains untuk membuat keputusan terhadap juz’i yang tidak dikaji dengan berdasarkan juz’i yang mampu dikaji. Contohnya, membuat kesimpulan kumpulan umur yang paling kerap dijangkiti COVID-19 ialah warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Kesimpulan

Kesimpulannya, Mantiq Moden atau Mantiq Hadith (منطق حديث) lebih memfokuskan kepada amali terhadap teori. Ia juga memfokuskan pada suatu cara atau kaedah iaitu dengan cara mengkaji perkara-perkara yang menyebabkan terhasilnya sesuatu pemikiran dan sebab-musabab bagaimana wujudnya sesuatu perkara itu. Al-Istiqra’ terbahagi kepada dua iaitu Al-Istiqra’ Al-Tam dan Al-Istiqra’ Al-Naqis. Al-Istiqra Al-Tam adalah suatu penyelidikan berdasarkan kepada penyelidikan terhadap keseluruhan juz’i yang membentuk kulli dan membuat hukum ke atas kulli manakala Al-Istiqra’ Al-Naqis pula adalah suatu penyelidikan berdasarkan kepada penyelidikan terhadap pelbagai atau sebahagian juz’i yang terletak di bawah kulli dan membuat hukum ke atas kulli. Kajian Al-Istiqra Al-Tam memperolehi keputusan yang betul dan meyakinkan mankala kajian Al-Istiqra’ Al-Naqis memperolehi keputusan yang betul tetapi zann (kurang meyakinkan).


Rujukan :

Hashliza Binti Abd Aziz. 2020. Modul Mantik Jihad Usuluddin 4.00. Smka Maahad Hamidiah Kajang. https://anyflip.com/umpq/toer/basic

Comments

Popular Posts