BAB 3

KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN ILMU MANTIQ DALAM TAMADUN ISLAM


3.1 Ilmu Mantiq Timur

Kerajaan Abbasiyah telah membawa masuk ilmu mantiq ke dalam perbendaharaan ilmu tamadun Islam. Ilmu mantiq adalah antara cabang ilmu yang awal dibawak masuk ke dalam halaqah ilmu dan berpusat di Baitul Hikmah Baghdad. Golongan falsasah Arab seperti al-Kindi, al-Farabi dan Ibnu Sina telah menggunakan ilmu ini secara meluas dan bebas sehingga menimbulkan konflik kepada masyarakat Islam pada ketika itu. Mereka ini telah menimbulkan persoalan dan kekeliruan dalam masyarakat kerana berhujah menggunakan mantiq dalam persoalan akidah dan ketuhanan. Sebelum itu, penyerapan ilmu mantiq turut menimbulkan perselisihan umat Islam dalam persoalan Imamah pada waktu akhir pemerintahan khulafa’ al-Rasyidin dan awal pemerintahan khalifah Umaiyyah telah menyebabkan ia merebak menjadi permasalahan akidah, di mana akhirnya membentuk puak Syiah, Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Khawarij.

Sewaktu pemerintahan Abu Jaafar al-Mansur dan al-Makmun di zaman Kerajaan Abbasiyah,  ilmu mantiq telah berkembang maju dalam masyarakat Islam. Terdapat banyak buku-buku Yunani dan ilmu mantiq yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab seperti Organon Aristotle. Kegiatan menterjemah buku-buku mantiq telah berkembang dengan jayanya terutama masa pemerintahan al-Makmun bin Harun al-Rasyid. Para penterjemah tergolong dalam kalangan yang mahir bahasa Yunani, bahasa Arab, Parsi dan Syria seperti Hunain bin Ishak al-Abdi. Selain itu, sikap khalifah al-Makmun yang sukakan semua jenis ilmu tertutama agama dan gaya fikiran yang bebas telah mendoroang rakyatnya untuk menceburi dan mempelajari ilmu-ilmu baru.

 

3.2 Ilmu Mantiq Islam: Ilmu Mantiq Yang Digunakan Dalam Perbahasan Kalam Dan Usul Fiqh Sekitar Kurun 1-5 Hijrah

Sebelum mantiq Aristotle berkembang, kaum Muslimin telah memperkenalkan keadah mantiq tersendiri pada kurun pertama hijrah. Mantiq Islam sangat terkenal dalam bidang teologi dan perundangan Islam. Seterusnya, kedua-dua bidang menjadi keutamaan kepada kaum Muslimin pada kurun-kurun berikutnya. Mereka menjadikan ilmu mantiq sebagai penyelesaian masalah agama terutama dalam bidang teologi dan membuktikan hujah-hujah mereka serta mendapatkan kesimpulan yang sahih tanpa merujuk kepada mantiq Aristotle.

Seterusnya, pada kurun ke-2 hijrah terdapat ulama’ mujtahid dari kalangan Tabi’ dan Tabi’ Tabi’in telah menggunakan kaedah al-Qiyas dalam ilmu Usul Fiqh. Selanjutnya, kaedah al-Istiqra’ juga telah digunakan oleh Imam al-Syafie dalam menentukan tempoh haid seseorang wanita itu paling lama dan paling singkat. Di samping itu, al-Farabi turut membahagikan kaedah qiyas kepada lima kategori:

1.     Qiyas Burhani: Qiyas yang memberikan keyakinan

2.     Qiyas Sofistika: Qiyas yang boleh menimbulkan sangkaan bahawa sesuatu perkara itu benar wujud atau tidak.

3.     Qiyas Syi’ri: Qiyas yang menggunakan perasaan yang menarik perhatian orang lain

4.     Qiyas Jadali: Qiyas yang menimbulkan sangkaan yang kuat untuk mencapai keyakinan orang lain tetapi setelah diselidik, tidak meyakinkan.

5.     Qiyas Khitabi: Qiyas yang menimbulkan sangkaan yang tidak begitu kuat.

 

Perkembangan ilmu mantiq juga mempengaruhi ilmu perbahasan kalam pada waktu itu. Antara tokoh yang menggunakan ilmu kalam ialah Abu Hassan al-Ash’ari dan Abu Mansur al-Maturidi yang merupakan penyokong kuat fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka telah berhujah dengan membentangkan sekali bukti-bukti dari pendalilan al-Quran dan Hadis serta digabungkan dengan dalil aqli. Kebanyakan ulama’ Islam mempelajari dan mendalami ilmu mantiq adalah untuk menggunakan logic akal dan hujah untuk berdebat dengan golongan yang tidak mengakui kewujudan Allah SWT iaitu al-Dahriyyun dan Atheis.

 

3.3 Pengaruh Mantiq Greek Dalam Mantiq Islam

      Keterbukaan Islam terhadap ilmu-ilmu daripada tamadun Greek membantu perkembangan mantiq Bermula kurun ke 5 Hijrah metode mantiq Greek telah diserap ke dalam mantiq Islam.Walaupun pada asalnya, kaum Muslimin tidak mahu merujuk kepada mantiq Aristotle kerana berasa cukup dengan bidang teologi dan perundangan Islam mereka sendiri. Namun, Para fuqaha telah menggunakan mantiq dalam bidang ilmu yang membicarakan dasar-dasar perundangan. Selain itu, golongan mutakallimin tidak menggunakan mantiq Aristotle sehinggalah ke kurun 5 hijrah kerana mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap kemampuan mantiq mereka sendiri. Antara para ilmuan ulung yang menyumbang bidang mantiq ialah al-Khind, Abu Bishr Matta b. Yunus, Al-Farabi, Ibnu Sina dan Al-Ghazali.

Abu Nasr al-Farabi turut menulis ringkasan dalam pembicaraannya tentang karya Aristotle, Organon. Al-Farabi percaya bahawa dengan penggalakan dalam mantiq membolehkan seseorang memperbaiki apa jua kaedah yang digunakan. Beliau turut menyatakan bahawa mantiq bukan satu perhiasan kosong, namun ia adalah kecenderungan semula jadi manusia Menurut al-Farabi, antara ilmu yang berkaitan mantiq digunakan dalam Islam ialah nahu dan bahasa. Selain itu tidak terkecuali prinsip ‘arud dan syair, di mana memetingkan amali mantiq serta meletakkan akal di bawah prinsip mantiq. Terdapat dua aspek dalam syair al-Farabi iaitu pertama, beliau percaya bahawa dirinya memahami mantiq Aristotle yang tersebar ke dunia Arab dengan tepat dan  percaya bahawa dirinya mampu mengasaskan 5 seni, iaitu 5 hujah.

Ibnu Sina telah berjaya menjelaskan, meringkas dan mengkaji  mantiq Aristotle pada kurun ke 5 dan 6 hijrah. Walaupun beliau mengambil masa yang lama untuk memahaminya. Beliau ada mendakwa dalam pendahuluan bukunya bahawa mantiq Timur selaras dengan mantiq aliran Mashsha’i. beliau mengajar falsafah gaya baru yang ke arah Aristotle dan Mashsha’i dan menggabungkan kedua-duanya dengan pendekatan falsafah Neo-Platonik. Antara sumbangan atau karya-karya Ibnu Sina dalam mantiq ialah kitab al-Najat (ringkasan kitab al-Shifa’), kitab al-Shifa’ (buku falsafah yang terbahagi kepada metafizik,matematik, logic akal), kitab al-Manthiq al-Musyriqin (terkandung ilmu logic) dan risalah al-Nukat wa al-Fawa’id (risalah tentang mantiq, metafizik dan fizik). Ibnu Sina telah menyampaikan dengan tepat dan sempurna berkaitan mantiq Aristotle dalam buku- buku penulisannya kecuali al-Shifa’.

Namun begitu, tidak semua ulama’ yang menyokong mantiq Aristotle antaranya ialah Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Khaldun. Ibnu Taimiyyah telah merujuk penulisan bukunya yang bertajuk al-Raddu ala al-Matiqiyiyin dengan buku al-Ara’ wa al-Diyanah yang menjelaskan kesilapan dalam mantiq Aristitole. Buku yang beliau rujuk merupakan karya al-Hassan bin Musa al-Nawbakhti. Selanjutnya, Ibnu Khaldun pula telah mengkritik keras mantiq Aristotle dan menjelaskan kritikannya dalam buku penulisannya seperti al-Muqaddimah. Tidak lama selepas itu iaitu pada kurun ke-10 dan 11 hijrah, telah muncul seorang ilmuan yang menandakan kemuncak pencapaian akliah dalam tamadun Islam. Walaupun nampak wujudnya keruntuhan pada zaman itu, namun ia telah memberi ruang kepada penemuan kaedah baru dalam ilmu akal yang menggabungkan Falsafah Mashsha’I, Greek, Illuminasi dan ajaran-ajaran Islam.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kita dapat lihat keterbukaan ulama’ Islam dalam menerima mantiq Aristotle dan diolah serta diserap ke dalam pelbagai bidang dalam Islam telah membuka mata kita semua untuk sentiasa positif menerima sesuatu ilmu baharu. Kebaikan yang kita umat Islam peroleh sehingga sekarang telah membawa kepada kehidupan yang sempurna, kemudahan dan sebagainya. Namun begitu, kita mestilah menerima dengan berlapang pendapat orang yang menentang sesuatu ilmu yang baharu kerana mereka mempunyai alasan mereka tersendiri


Rujukan :

Hashliza Binti Abd Aziz. 2020. Modul Mantik Jihad Usuluddin 4.00. Smka Maahad Hamidiah Kajang. https://anyflip.com/umpq/toer/basic

Osman Bakar. 1991. Al-Farabi: Kehidupan , Hasil Karyanya dan Peri Penting Tokoh. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur

Comments

Popular Posts