BAB 2



KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN ILMU MANTIQ DALAM TAMADUN GREEK

2.1 Golongan Sophisme

Ilmu mantiq sama seperti ilmu-ilmu lain yang juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Sejarah kemunculan ilmu mantiq  telah muncul bermula pada kurun ke 5 sebelum lahirnya Nabi Isa A.S. Hal ini kerana, munculnya sekumpulan Sophisme (Sufastaiyyun) di Athens yang merupakan salah satu kota di negara Yunan.  Istilah Sophisme (Sufastaiyyun) digunakan untuk memerihalkan golongan falsafah palsu. Sekumpulan Sophisme ini berusaha untuk memesongkan pemikiran masyarakat dengan menggunakan qadhiyyah – qadhiyyah yang palsu seperti telah membawa dua pegangan iaitu yang pertama mereka berpendapat tiada penentu bagi kebenaran dan yang kedua, hakikat adalah sesuatu yang tidak tetap.  Bahkan, golongan Sophisme ini juga,berpendapat tabii manusia hanyalah syawat dan nafsu, maka berhubung dengan tabii ini matlamat manusia ialah kelazatan dan bagi mereka hidup ini hanya sekadar untuk berhibur. Hal ini demikian, dengan kewujudan golongan Sophisme ini menyebabkan masyarakat di sana terkeliru terhadap kebenaran. Pemikiran ini menjadikan masyarakat menjadi malas berfikir dan bebas memilih jalan sendiri dan merasakan diri mereka betul.

2.2 Mantiq Pra Socrates

            Kesan berikutan penyebaran fahaman Sophisme ini menyebabkan berlakunya kesan buruk pada asas pertimbangan penduduk negara Yunan. Oleh yang demikian muncul seorang tokoh bernama Socrates, yang dilahirkan di Alopece, Athen dan hidup sekitar tahun 469 hingga 399 Masihi.  Beliau lah yang mula mencetuskan pemikiran mantiq. Beliau juga, pengasas yang menyusun ilmu mantik berkaitan al Takrif, al Istidlal, al Jadal dan lain-lain lagi. Kemunculan Socrates yang menghadapi suasana itu mencari jalan untuk menolak hujah palsu golongan tersebut.  Beliau menggunakan kaedah al-tahakkum wa al-tauhid yakni dengan berbuat seolah-olah jahil tentang sesuatu yang dikemukakan oleh golongan itu dan mengemukakan soalan dan hujah yang menuju kepada hakikatnya dan dibiarkan orang itu dalam keraguan. Seterusnya, Socrates juga telah mengajar kepada anak muridnya menyanggah pegangan Sophisme dengan pendekatan dialog (hiwar), perbincangan (munaqasah), dan penghujahan yang dapat menundukkan pendapat lawan  dan menerima pendapat yang dikemukakan (iqna’).

Antara pegangan Socrates adalah yang pertama, setiap perkara itu kekal tetap dan yang kedua perkara yang baik dan perkara yang buruk adalah sesuatu yang kekal dan tetap yang boleh setiap orang kenal dan menentukan perkara itu baik atau perkara itu buruk. Seterusnya, kaedah berfikir dengan benar dan berdebat diteruskan oleh murid Socrates iaitu Plato. Beliau dilahirkan di Athen, Greece dan hidup sekitar tahun 427 hingga 347 Masihi. Plato telah meneruskan hujah gurunya dalam perdebatan dengan kaedah al Jadal untuk mematikan hujah dan pendapat golongan Sufasta’iyyun yag menilai kebaikan dan keburukan berdasarkan penilaian pancaindera dan akal sepenuhnya. Antara lain Plato juga telah bangkit untuk berdebat dengan golongan Sufasta’iyyun yang menggunakan bahasa yang mengelirukan untuk memesongkan fikiran masyarakat. 

            Kemudian, selepas Plato muncul lagi tokoh lain iaitu Aristotle yang lahir di Istaghyria, Macedonia dan hidup pada sekitar tahun 384 hingga 323 Masihi.  Beliau  dikenali sebagai penyusun ilmu Mantiq. Antara peranan Aristotle adalah yang pertama, menyusun kaedah-kaedah, formula-formula yang membolehkan fikiran sampai kepada hakikat sesuatu. Yang kedua, memurnikan pembahasan Mantiq dan  yang ketiga, menyusun persoalan-persoalan yang ada pada ilmu mantiq. Tujuan Aristotle menyusun perkaedahan ilmu mantik adalah untuk mengatasi golongan sufasta’iyyun berkenaan yang suka berhujah dengan memutarbelitkan perkataan dan mentafsirkan pelbagai maksud yang mengelirukan. Tambahan itu, Aristotle telah menyusun dan mengemaskini ilmu Mantiq dalam bukunya iaitu Organon dan karyanya mempunyai lebih daripada 80 buah karya termasuk Organon. Malahan buku beliau sangat terkenal sehingga falsafah muslim iaitu Ibn Sina sangat terpengaruh dan mengkaji ilmu mantik yang terdapat dalam karya Aristotle iaitu buku Organon. Dengan sumbangan besarnya itu, menyebabkan beliau telah diberi gelaran al Muallim al awwal iaitu guru yang pertama.

Kesimpulan

Sebagai rumusannya, sejarah kelahiran ilmu mantik pra Socrates ini telah membuktikan walaupun Aristotle bukanlah orang pertama yang mencipta ilmu matik, tetapi disebabkan ekoran asas dan penyusunan yang dibuat oleh Aristotle itu, akhirnya ilmu mantik telah berkembang sebagai kaedah mencari bukti, berhujah serta membuat kesimpulan berdasarkan logik akal dan pemikiran yang benar. Bahkan bukunya Oragnon telah menjadi ikutan dan mempengaruhi masyarakat Islam dan Barat.

Rujukan :

Al Mullawi (2019), Buku Teks Tingkatan 6 (STAM): Syarah Al Mulawi Al Al Sullami Fi Al Mantiq. Aras Mega Sdn.Bhd. Kajang


Comments

Popular Posts