PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Ilmu mantiq atau dikenali sebagai ilmu logik merupakan satu cabang ilmu yang tidak asing didalam Islam. Ilmu mantiq merupakan satu ilmu atau kaedah dalam menjaga akal manusia dalam berfikir. Perkara ini disebut oleh para ulama, diantara yang paling masyhur ialah :
آلة قانونية تعصم مراعاتها الذهن عن الخطأ في الفكر
Maksudnya: Wasilah dan qaedah yang sistematik yang memelihara seseorang daripada sebarang kesalahan berfikir.
Hukum mempelajari ilmu mantiq adalah fardhu kifayah berdasarkan kesepakatan para ulama' selagimana ilmunya tidak bercampur dengan kesesatan para ahli falsafah atau ahli fikir. Namun begitu, jika ilmu mantiq tersebut didapati bercampur dengan kesesatan para ahli falsafah atau ahli fikir maka dalam hal ini, para ulama' berselisihan pendapat terhadap hukum mempelajarinya. Terdapat segolongan para ulama' menyatakan hukum haram dan ada yang mengharuskannya. Pendapat yang masyhur mengatakan bahawa hukum mempelajarinya jika bercampur dengan kesesatan adalah diperbolehkan jika individu tersebut sempurna akal fikirannya.
1.1 Penyataan Masalah
Pada era globalisasi kini, terdapat pelbagai cabang ilmu yang diketengahkan dan dipelajari di institusi-institusi pendidikan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat menerusi silibus pendidikan yang ditawarkan seperti ilmu feqh, ilmu tasawwur, ilmu sains dan sebagainya. Seiring dengan perkembangan tersebut, ilmu mantiq turut ditampilkan menjadi sebagai satu bidang ilmu yang khusus dan ia mendapat perhatian dikalangan masyarakat masa kini.
Namun begitu, pendedahan mengenai sejarah perkembangan ilmu mantiq tidak banyak diperkatakan. Oleh sebab itu, fokus utama dalam penghasilan tugasan kumpulan kami adalah membincangkan kelahiran dan perkembangan ilmu mantiq dalam tamadun Greek, mengkaji kelahiran dan perkembangan ilmu mantiq dalam tamadun Islam dan meneliti kemunculan ilmu mantiq moden.
1.2 Objektif
- Membincangkan kelahiran dan perkembangan ilmu mantiq dalam tamadun Greek
- Mengkaji kelahiran dan perkembangan ilmu mantiq dalam tamadun Islam
- Meneliti kemunculan ilmu mantiq moden
Rujukan :
Kyai Abdullah Afif. (2015). Islam Menjawab: Koleksi Tanya Jawab Agama Islam. Yogyakarta:Pustaka Ilmu Sunni Salafiyah-KTB.
Comments
Post a Comment